Awal paginya perlawanan diolah oleh pelantikan kawasan terutama pelajar sakan, terima kasih. Suasana di pagi hari yang cerah dan baik membuatkan semua perlawanan berjalan lancar dan tiada lagi ribut pasir seperti minggu lepas. Perlawanan pada kali ini agak PANAS kerana masing-masing berebut untuk mendapatkan mata. Indah khabar dari rupa apabila menjelang tengahari waktu solat Jumaat semakin hampir tetapi perlawanan bagi TEAM A masih belum selesai.
Maka oleh itu terpaksa perlawanan di tangguhkan selepas solat Jumaat. Alhamdulillah akhirnya perlawanan sudah selesai walaupun ada 2 perlawanan terpaksa ditunda Jumaat minggu depan kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan. Perihal akan jualan lansung oleh ABE dan PRISMA sambutan jualan amat mengalakan. Terima kasih untuk semua.
Maka oleh itu terpaksa perlawanan di tangguhkan selepas solat Jumaat. Alhamdulillah akhirnya perlawanan sudah selesai walaupun ada 2 perlawanan terpaksa ditunda Jumaat minggu depan kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan. Perihal akan jualan lansung oleh ABE dan PRISMA sambutan jualan amat mengalakan. Terima kasih untuk semua.
Yang Benar,
Ketua USK
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
11 Disember 2010
Hari kedua berlansungnya perlawanan futsal COCO BARID TEAM B. Cuaca pada hari ini agak mendung berangin tetapi tidak sesekali untuk mematahkan semangat kesukanan pada semua pasukan yang bertanding. Awal pagi, perlawanan pertama di padang futsal agak licin membuatkan antara pasukan TIKKI TIKKA VINTAGE VS PATAH KAKI DIA terpaksa bermain berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan terjamin.
Pada saat-saat yang genting pasukan EEe..EEE masih belum menghadiri di padang futsal kerana disaat itu pasukan tersebut akan bermula perlawanannya.Ketika para pengadil ingin memutuskan kekalahan (disebabkan kekelewatan)tetapi bak Hang tuah 'tidak hilang Melayu didunia' akhirnya mereka muncul bagai lagaknya seperti Hero Industan.
Selepas itu semua perlawanan berjalan lancar tetapi ada tersedikit gangguan emosional antara sesama ahli pasukan sendiri.Keadaan pasukan tersebut seperti awan mendung yang tidak diketahui akan bilanya ribut melanda. TETAPI pasukan ini berjaya mengatasi masalah emosional tersebut kerana ukhwat persahabatan itu penting dari segala-galanya
Keadaan cuaca semakin beransur-ansur berubah seperti sifat manusia yang sering yang tiadanya pendirian. Kejadian ribut pasir membuatkan penganjur COCO BARID terpaksa menunda perlawanan seterusnya pada minggu hadapan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku . Oleh itu perlawanan berakhir dengan keadaan yang agak sedikit kelam kabut. Alhamdulillah setiap peserta semuanya selamat. Maka oleh itu kita sambung di minggu hadapan.
Yang hensem macam Ahmad Dhani,
Ketua USK
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
10 disember 2010
Hari pertama berlangsungnya perlawanan futsal coco barid di jamiah al al-bayt,mafraq.kehadiran para peserta pada hari ini amat memberansangkan walaupun ada sedikit kekelewatan tetapi liga ini tetap diteruskan!
Komen untuk semua perlawanan , ramai yang telah menonjolkan bakat masing-masing walau baru seminggu liga ini bermula.
Walaupun banyak perkara yang telah berlaku seperti kemenangan , kekalahan , seri , gangguan emosi , itu tidak mudah mematahkan semangat kita dalam menjalinkan lagi hubungan silaturahim.Itu adalah perkara biasa yang lazimnya berlaku di setiap perlawanan.
Yang Benar,
Ketua USK